Saturday, February 26, 2011

Cabaran Oh Cabaran


Assalamualaikum. Hai dunia semakin hari semakin merasai perubahan dan semakin dekat juga kita dengan hari kiamat. Masa berlalu semakin pantas dan kita masih lagi ditakuk yang sama ada rasa sedikit gerun dengan janji Allah. Para ulamak cuba menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya sebagai seorang pendak wah untuk mengajak kita ke arah kebenaran. Tapi apa yang kita lakukan? apa yang kita buat untuk menjalankan tanggungjawab kita pula?

Sesungguhnya pendakwah itu berat tanggungjawabnya. Kita hanya sekadar melihat tapi bahu mereka yang memikul beban itu. Ya, dakwah boleh dilakukan di mana-mana kena dengan tempatnya. Tapi yang beratnya bila kita sendiri yang menyukarkan kerja mereka. Bila ceramah, tarbiah dan sewaktunya dijalankan kita buat endah tak endah dan kebanyakkannya bercakap di belakang. Mereka tak sedar bahawa yang diberi itu ilmu.

Belum lagi cabaran lain dari pengguna internet sendiri yang memang sukar untuk dikawal. Para komunikator Islam cuba sedaya upaya menyampaikan Islam jadi kita ni kenalah bantu mereka supaya mesej itu dapat disampaikan dengan jayanya. Ada juga dikalangan mereka ini dipanggil penipu, mahu menunujuk-nunjuk dan macam-macam lagi.MasyaAllah. Sabar sajalah yang mampu dilakukan.

Kadangkala terfikir juga, dunia semakin maju tapi kenapa pengetahuan umat Islam sendiri tentang Islam sangat cetek. Malu rasanya bila agama lain lebih mahir dan berpengetahuan tentang Islam. Semoga Allah swt membuka hati mereka... InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment