Friday, January 28, 2011

anda ada ke?

Hai, hello dan oi adalah ayat biasa yang digunakan oleh kita masyarakat masa kini bila menyapa, bertegur sapa dan memulakan perbualan dengan orang lain. Jarang kita nak dengar bila orang jawab telefon dengan assalamualaikum terutama yang remaja. Tak tahu lah salahnya dimana tapi sekarang bukan masa kita nak mencari salah, tapi lebih baik cari penyelesaiankan. Mungkin kita kurang menitikberatkan cara berkomunikasi dengan betul, komunikasi islam. Sebenarnya ada pelbagai prinsip komunikasi dalam islam yang kita sendiri mungkin tak sedar dan terlepas pandang.

Bercakap dengan lemah lembut tak megira sesiapa pun samada tua atau muda, kaya ke miskin antara prinsip komunikasi islam. Kita mungkin bercakap dengan lemah lembut tapi rasanya tak dengan semua orang. Ada sesetengahnya kita bercakap kasar sebab kita tak suka kat dia. Tapi siapalah kita untuk tak suka dengan makhluk ciptaan Allah swt jugak kan? Adapun dari kita ni hobi mengeluarkan kata-kata kesat a.k.a mencarut. Bila ditegur katanya tak boleh nak ubah dah mulut tu dah terbiasa nak cakap, reaksi spontan. Tak penah pulak nak fikir mulut tu Allah yang bagi, kalau Dia tarik nikmat tu menangis meraunglah. So, tak salah kalau bercakap tu guna perkataan yang baik dan sedap didengar. Semua orang pun gembira.

Bila kita mula berkomunikasi dengan orang lain tu cuba-cubalah selitkan sikit nasihat yang membangun supaya perbualan kita tu berisi, berilmu. Kalau asyik bercakap orang kata kurang berfikir, jadi untuk sesiapa yang suka sangat bercakap tu silalah belajar menasihati diri sendiri supaya lepas ni bolehlah bercakap sambil nasihatkan orang lain pulak. Tapi kena make sure jugak kita mampu menguasai perbualan tu dengan kecerdasan akal fikiran dan pandangan serta pendapat terhadap sesuatu topik perbualan. Jangan orang dok sibuk bersembang kita pun sama nak join tapi tak tahu hujung pangkalnya.

Selain tu, islam juga ada cara atau prinsipnya bila berbahas. Bila berbahas, berbincang dan berdiskusi hendaklah dengan cara yang baik. Bergaduh dan lawan mulut tu seelok-eloknya kita elakkan supaya tak tejadi pertumpahan darah, hasad dengki dan lain-lain lagi. Highlightkan perkataan yang penting berulang-ulang kali supaya kita dan orang yang terlibat tak lupa dan mengambil sambil lewa. Almaklum nama pun manusia, memanglah mudah lupa, melayu mudah lupa. Bila bercakap pun jangan nak syok sendiri berjanji sana sini sebab orang yang tak mengotakan janji ni dikira munafik. Masyallah jauhkanlah kita dari golongan berkenaan.

Jadi, lepas ni biasakan menyebutkan perkataan yang baik sebab setiap perkataan tu satu doa. Aminn...



Dengan haiwan pun kita kena berkomunikasi dengan baik, kan makhluk Allah juga.

Friday, January 21, 2011

betul ke?

Assalamualaikum.. semalam masa saya tengah surfing, terbaca lah satu artikel pasal ajaran sesat yang semakin berleluasa sekarang ni dan fokusnya di dalam Malaysia ini sendiri. Adapun memang banyak ajaran sesat kat Malaysia ni yang dilaporkan dan tu belum campur yang pihak berkuasa tak tahu. Haisshh bukan apa, sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan sewaktu dengannya biar kita ni sentiasa di jalan-Nya. Tuhan itu satu, mencari yang satu iaitu Allah swt yang satu.

Sah-sah lah Islam itu mempunyai sumber rujukan yang tersendiri. Tapi ramai jugak lah yang terpesong and terpengaruh dengan segala ajaran sesat yang entah dari mana asal usulnya kita sendiri tak tahu. Al-Quran, As-sunnah, Ijmak dan Qias adalah sumber rujukan yang diguna pakai dari zaman Rasulullah saw hinggalah kini dan kita mempraktikkannya dalam kehidupan seharian tanpa rasa was-was juga syak wasangka.

Jadi, kenapa kita masih lagi nak mencari yang lain sedangkan Allah swt itu yang satu? Itulah gunanya kita menuntut ilmu supaya orang lain tak dapat nak memperbodohkan and menipu kita. Jangan kita nak percaya membabi buta apa yang orang lain perkatakan, kita ada sumber rujukan jadi rujuklah bukan sekadar dipandang. Saya sendiri pun masih lagi mendalami Islam kerana lahir sebagai Islam tidak bermakna saya ni tahu segala-galanya. Maka, jom kita mula bersahabat dengan sumber-sumber rujukan ini dan mungkin anda boleh mula mencuba dengan membaca tafsir. Amin...

Wednesday, January 12, 2011

Apa itu komunikasi Islam?

Bila ditanya kepada kebanyakkan pelajar komunikasi tentang apakah pengertian komunikasi, hampir semua boleh memberikan jawapan dengan pelbagai definasi. Tapi bila ditanya apa itu komunikasi Islam, tidak semua mempunyai jawapannya. Apa sangatlah bezanya setakat tambah Islam je kat belakang komunikasi tu kan? Tapi memang kedua-duanya ada maksud yang berbeza.

Komunikasi itu sendiri bererti aktiviti yang menghubungkan seseorang dengan yang lain dalam pelbagai bentuk seperti bercakap dalam pelbagai bahasa, bahasa tubuh, dan raut wajah. Komunikasi Islam pula sama maksudnya dengan komunikasi tapi ditambah dengan berasaskan nilai-nilai keagamaan, terjamin kebenaran dan keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat (amin). Di sini pun kita dah boleh bezakan komunikasi dan komunikasi Islam tu dimana komunikasi itu bebas menggunakan pelbagai jenis unsur positif juga negatif. Adapun komunikasi Islam itu penuh dengan kesopanan jauh sekali dari menyakitkan hati sesama manusia dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

- kita semua bukan sempurna untuk sentiasa berlaku baik tapi tak salah untuk meminta maaf dan memaafkan jika cara kita berkomunikasi itu dah melukakan orang lain.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

(Ayat 200 Surah Al Imran)

Kepada sesiapa yang hatinya keras sukar memaafkan silalah cuba ayat pelembut hati ini. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Sunday, January 09, 2011

Hari ini apabila saya melayari facebook ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik. Jarang rasanya saya nak baca status kawan-kawan saya tapi yang ini tiba-tiba membuatkan saya terfikir sejenak. Status beliau lebih kurang begini..

Akal yang cerdas membantu mengawal nafsu dan menterjemahkan ketaqwaan, jadi bagaimana pula jika dia sememangnya dilahirkan dengan kecerdasan akal yang rendah?

Bila bercerita pasal akal, apa yang bermain difikiran saya dan mungkin juga anda juga adalah semua manusia mempunyai akal tidak kira Islam ataupun tidak selagi namanya manusia.Akal yang cerdas datang dari pemakanan yang seimbang, cara hidup sihat dan lain-lain faktor lagi. Bagi yang membaca status ini tanpa berfikir mesti mereka akan berkata "ya betullah bukan semua orang lahir akal dah cerdas". Bagi saya semua perkara berlaku boleh ditafsir bukan sahaja menggunakan akal, tetapi juga iman. Iman sebenarnya yang membezakan setiap umat Islam itu bukan akal. Perbuatan yang dilakukan lahir dari akal fikiran seseorang berdasarkan iman mereka. Jadi jangan risau jika anda mungkin salah seorang yang mempunyai akal yang kurang cerdas dan sukar menahan nafsu juga menterjemahkan ketaqwaan kerana itu semua terletak pada iman seseorang.

permulaan...

assalamualaikum...
bila cakap pasal blog ni semua orang akan fikir pasal menulis yang panjang lebar sampai kadang2 tu dah malas nak baca, business online yang jual macam2 benda, dan lain2 lagi kalau nak sebut semua memang tak ketahuan.tapi jarang sekali kita dengar bloger bercerita perihal agama Islam lagi2 dari golongan muda belia kita.tak tahu lar sama ada mereka2 ni tak berminat atau hanya ambil sikap sambil lewa.
Dan sesungguhnya tujuan sebenar blog ni dibuat adalah untuk memberi kesedaran bagi yang mungkin terlupa, istiqomah bagi mereka yang sering mengingati-Nya sambil kita muhasabah diri masing2 supaya terus berada di jalan kebenaran.