Saturday, February 26, 2011

Cabaran Oh Cabaran


Assalamualaikum. Hai dunia semakin hari semakin merasai perubahan dan semakin dekat juga kita dengan hari kiamat. Masa berlalu semakin pantas dan kita masih lagi ditakuk yang sama ada rasa sedikit gerun dengan janji Allah. Para ulamak cuba menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya sebagai seorang pendak wah untuk mengajak kita ke arah kebenaran. Tapi apa yang kita lakukan? apa yang kita buat untuk menjalankan tanggungjawab kita pula?

Sesungguhnya pendakwah itu berat tanggungjawabnya. Kita hanya sekadar melihat tapi bahu mereka yang memikul beban itu. Ya, dakwah boleh dilakukan di mana-mana kena dengan tempatnya. Tapi yang beratnya bila kita sendiri yang menyukarkan kerja mereka. Bila ceramah, tarbiah dan sewaktunya dijalankan kita buat endah tak endah dan kebanyakkannya bercakap di belakang. Mereka tak sedar bahawa yang diberi itu ilmu.

Belum lagi cabaran lain dari pengguna internet sendiri yang memang sukar untuk dikawal. Para komunikator Islam cuba sedaya upaya menyampaikan Islam jadi kita ni kenalah bantu mereka supaya mesej itu dapat disampaikan dengan jayanya. Ada juga dikalangan mereka ini dipanggil penipu, mahu menunujuk-nunjuk dan macam-macam lagi.MasyaAllah. Sabar sajalah yang mampu dilakukan.

Kadangkala terfikir juga, dunia semakin maju tapi kenapa pengetahuan umat Islam sendiri tentang Islam sangat cetek. Malu rasanya bila agama lain lebih mahir dan berpengetahuan tentang Islam. Semoga Allah swt membuka hati mereka... InsyaAllah..

Saturday, February 19, 2011

Di mana-mana . . .

Assalamualaikum,

Cuti hujung minggu hari tu adelah saya tengok cerita ‘aku masih dara’. Nak kata best sangat cerita ni tak lah juga Cuma nak share sikit pasal time dalam club tu, si ashraff muslim ni pegi tarbiahkan si raja farah. Klaka jugak lah tengok sebab tengah2 dalam disko sempat pulak die nak berceramah. Almaklum Islam itu berada dimana-mana, diseluruh pelusuk dunia, and berdakwahlah selagi kita berkemampuan.

Sesungguhnye Rasullullah sendiri pun ade menghighlightkan beberapa cara yang boleh digunakan untuk kita mencegah kearah kemungkaran. 1st, pilih masa and waktu yang sesuai untuk kita berdakwah. Jangan orang baru keluar toilet pun kita pergi kejar punya nak berdakwah punya pasal. Seelok-eloknya biarlah buat ditempat yang ramai orang seperti di kenduri-kendara, majlis-majlis agama and macam-macam lagi lah sekarang ni.

Bila nak bercakap dengan orang tu, biarlah lemah lembut and sebaiknya guna ayat sepertinasihat. Barulah hati ni terbukak nak dengar. Kalau terjerit-jerit sape lah yang tahan kan. Tapi kalau lebih baik lagi bila kita dapat menguasai pemikiran and jiwa masyarakat yang inginkita dakwahkan. Kenalpasti cara terbaik and paling sesuai dengan diri diorang ni. Haa kan senang je. Islam tu mudah. Islam juga tidak memaksa. Alhamdulillah.

Monday, February 07, 2011

ape media buat erk?

Assalamualaikum,

salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Alhamdulillah, saya masih lagi tak berputus asa dan meneruskan niat saya dalam cuba mencari, mengajak dan dalam masa yang sama membetulkan diri sendiri yang jauh dari-Nya. Kita sekarang ni lali sangat dengan ungkapan ‘media baru’ atau dengan kata lainnya teknologi informasi tanpa sempadan. Apa lagi kalau bukan penggunaan internet oleh manusia. Mereka ni berlumba-lumba mengejar teknologi, almaklum siapa yang lambat memanglah ketinggalankan.

Macam cerita kura-kura lumba dengan arnab (tipu kalau korang tak ingat) dulu pun kene tinggal jugak lambat sangat walaupun last2 kura-kura yang menang sebab arnab ni underestimate si kura-kura. Ok balik kat point saya yang sebenar untuk entri ni, media baru macam facebook, myspace, twitter and banyak lagilah tak tersebut, membantu ke semua ni dalam menyebarkan islam? ape yang diorang and kite buat nak menyebarkan islam dengan guna media ni. Tanggungjawab setiap umat islam untuk menyampaikan islam kepada yang lain supaya saling ingat mengingati tapi kita ni dah berapa lama hidup pernah jalankan tanggungjwb tu? manusia memang lalai dan pelupa.

Jadi masa ni lah and hanya ini lah yang kita mampu lakukan untuk menyebarkan islam. Media baru ni lah hanya tempat dimana setiap manusia boleh menyampaikan idea tanpa sekatan juga paksaan. Tapi jangan disalah guna macam sesetengah daripada kita ni. Almaklum semua boleh diakses dengan bahan-bahan lucah pun layan jugak. Media baru ni sepatutnya digunakan untuk meluaskan perniagaan, pembelajaran, mencari informasi and lain-lain yang masih lagi dijalan kebenaran.Alhamdulillah

-

- - solat itu tiang agama. solatlah anda sebelum anda disolatkan. dengar kata imam muda ashraf nak datang uitm nanti tapi tak tau lah bila..

Thursday, February 03, 2011

nak seribu daya..


Bila nak berdakwah orang kata kena ada kuat ilmu Islam di dada baru lah layak nak berdakwah. Tapi saya ni rasanya tak sampai tahp tu lagi cukuplah sekadar mampu nak mengajak kita semua bersama-sama berbuat baik dan kea rah kebaikan. Siapalah kalau cakap lebih nanti baru setahun jagung dah pandai nak mengajar orang. Tapi dekat sini saya berkata hanyalah berdasarkan pengalaman yang sama-sama nak berkongsi dengan yang lain supaya dapat jadi pedoman dan panduan. Tak gitu...

Nak mengajak orang buat baik bukannya kerja senang. Nabi Muhammad s.a.w dulu nak mengajar orang kafir bertahun-tahun berdakwah pun masih belum diterima ramai. Segelintir baru Allah swt bukakan hati. Semuanya ambik masa, makan pun ambik masa juga kalau tak, tak ada lah zaman sekolah dulu ada rehat setengah jam kan.

Macam-macam benda kita boleh guna and buat nak mengajak orang berbuat baik, kembali ke jalan Allah ni. Sebab bukan semua orang guna benda yang sama dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, saya sendiri guna blog nak mengajak ke arah kebaikan tapi semua orang dapat ke mesej yang saya sampaikan ni. Tentulah tidakkan sebab kalau sesetengah orang yang kurang berkampuan mungkin tak ada kemudahan internet ang mungkin computer pun tak ada. Jadi, hanya segelintir je yang dapat mesej saya ni. Sebab tu lah kita ada macam-macam medium komunikasi seperti tv, radio, internet , mahupun face to face.

Tapi lagi banyak medium komunikasi lagi banyaklah masalah and halangan yang timbul seperti persaingan antara laman web lucah dan juga laman web Islamic. Tapi kita jangan sesekali give-up , anggap je ni persaingan macam kita dan nafsu masa bulan puasa. At last, kita yang menang dengan berjaya berpuasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Alhamdulillah.