Monday, March 14, 2011

eH eH. . . .

Bila sebut pasal media je macam-macam dalam fikiran kita ni. Ada yang fikir pasal tv, radio, internet, and macam-macam lagi lah. Tapi dalam semua media ni adelah juga timbul manusia-manusia yang kurang beradab dan biadap telah menyalahgunakan media yang sedia ada ini. Ada yang mengambil peluang dengan melayari laman web lucah ataupun porno sampai jadi addicted pun ada. Nanti mula lah banyak kes rogol sana sini, ganguan seksual and lain-lain lah. Alahai lah dunia......

Media ni jugalah tempat semua nak mencurahkan rasa kasih sayang, menganyam ketupat, fitnah and sebagainya. Seelok-eloknya, semua yang saya cakap tadi patut dibuat secara private bukan ditayang di internet sebab ni boleh menjatuhkan air muka seseorang dan mengaibkan orang.

Harap-haraplah lepas ni janganlah kita buat lagi k...amin

Monday, March 07, 2011

Etika ke Ethic

Hidup ini penuh dengan tatasusila, etika dan berhemah tinggi. Kita sebagai seorang sendiri ada cara dan etika bila bercakap. Lebih kurang macam ‘bahasa menunjukkan bangsa’, dialog P.Ramlee dalam cerita seniman bujang lapuk bila si Sudin pegi marah si guard tu...

Ok tu baru dalam movie. Kalau realitinya saya pun malas nak cakaplah bahasa yang kebanyakkan dari kita ni guna macam da takde perkataan lain nak disebut. Mencarut and maki hamun tu dah sinonim sangat dengan bibir. Kalau sehari tak sebut rasanya mereka ni boleh muntah darah kot.

Apalah dosanya kalau biasakan mulut tu sebut perkataan yang baik. Think before you say something. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata dah dosa. Hai kita ni bukan macam umat zaman nabi yang boleh mati syahid, kita dah takde perang. Yang kita ada cuma perang mulut yang penuh dengan maki hamun.

Tak salah cuba perlahan-lahan pun takpe janji jangan bodoh sombong untuk tidak mahu berubah kerana diri kita kepunyaan Allah swt. Kalau Dia nak tarik nikmat berkata-kata ni barulah kita sedar langit ni tinggi ke rendah. Baru kita nak sedar kerdilnya kita.

Dalam etika kerja kewartawanan pulak, melaporkan berita adalah tanggungjawab mereka dan kita sebagai orang awam memang mengharapkan mereka untuk mendapatkan berita. Jadi, golongan wartawan sewajibnya menyampaikan berita yang benar bukan dusta dan bukan berunsur berat sebelah tetapi adil. Ya, dunia ni bukan untuk selama-lamanya.

Semoga yang benar akan berkekalan, yang jujur tidak hilang di bumi Allah kerana Allah Maha Mengetahui. Amin..

Tuesday, March 01, 2011

REmaja sana siNi

Dengan teknologi moden yang ada masa kini, kemudahan seperti internet, televisyen dan lain lain lagi dapat membantu para pendakwah untuk mendekatkan diri dengan golongan tertentu seperti remaja. Hari ini, selalu sangat kita dengar masalah yang ditimbulkan oleh para remaja. Ya, remaja berdarah muda, berdarah panas dan tidak boleh dibentuk dengan kekerasan sebaliknya cara yang penuh dengan kelembutan dan nasihat.

Pelbagai cara boleh para pendakwah gunakan untuk mendekatkan diri dengan golongan remaja ini. Contohnya:-

  • § penggunaan internet
  • § melalui televisyen dan radio
  • § mengadakan aktiviti riadah sambil beramal

Cara lain juga boleh dilakukan untuk mendekatkan diri dengan golongan remaja ini selain yang di atas.

Jadi, mari kita cuba mengubah cara berdakwah yang konvesional dengan menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada.

Selamat beramal..