Monday, March 07, 2011

Etika ke Ethic

Hidup ini penuh dengan tatasusila, etika dan berhemah tinggi. Kita sebagai seorang sendiri ada cara dan etika bila bercakap. Lebih kurang macam ‘bahasa menunjukkan bangsa’, dialog P.Ramlee dalam cerita seniman bujang lapuk bila si Sudin pegi marah si guard tu...

Ok tu baru dalam movie. Kalau realitinya saya pun malas nak cakaplah bahasa yang kebanyakkan dari kita ni guna macam da takde perkataan lain nak disebut. Mencarut and maki hamun tu dah sinonim sangat dengan bibir. Kalau sehari tak sebut rasanya mereka ni boleh muntah darah kot.

Apalah dosanya kalau biasakan mulut tu sebut perkataan yang baik. Think before you say something. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata dah dosa. Hai kita ni bukan macam umat zaman nabi yang boleh mati syahid, kita dah takde perang. Yang kita ada cuma perang mulut yang penuh dengan maki hamun.

Tak salah cuba perlahan-lahan pun takpe janji jangan bodoh sombong untuk tidak mahu berubah kerana diri kita kepunyaan Allah swt. Kalau Dia nak tarik nikmat berkata-kata ni barulah kita sedar langit ni tinggi ke rendah. Baru kita nak sedar kerdilnya kita.

Dalam etika kerja kewartawanan pulak, melaporkan berita adalah tanggungjawab mereka dan kita sebagai orang awam memang mengharapkan mereka untuk mendapatkan berita. Jadi, golongan wartawan sewajibnya menyampaikan berita yang benar bukan dusta dan bukan berunsur berat sebelah tetapi adil. Ya, dunia ni bukan untuk selama-lamanya.

Semoga yang benar akan berkekalan, yang jujur tidak hilang di bumi Allah kerana Allah Maha Mengetahui. Amin..

No comments:

Post a Comment