Wednesday, January 12, 2011

Apa itu komunikasi Islam?

Bila ditanya kepada kebanyakkan pelajar komunikasi tentang apakah pengertian komunikasi, hampir semua boleh memberikan jawapan dengan pelbagai definasi. Tapi bila ditanya apa itu komunikasi Islam, tidak semua mempunyai jawapannya. Apa sangatlah bezanya setakat tambah Islam je kat belakang komunikasi tu kan? Tapi memang kedua-duanya ada maksud yang berbeza.

Komunikasi itu sendiri bererti aktiviti yang menghubungkan seseorang dengan yang lain dalam pelbagai bentuk seperti bercakap dalam pelbagai bahasa, bahasa tubuh, dan raut wajah. Komunikasi Islam pula sama maksudnya dengan komunikasi tapi ditambah dengan berasaskan nilai-nilai keagamaan, terjamin kebenaran dan keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat (amin). Di sini pun kita dah boleh bezakan komunikasi dan komunikasi Islam tu dimana komunikasi itu bebas menggunakan pelbagai jenis unsur positif juga negatif. Adapun komunikasi Islam itu penuh dengan kesopanan jauh sekali dari menyakitkan hati sesama manusia dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

- kita semua bukan sempurna untuk sentiasa berlaku baik tapi tak salah untuk meminta maaf dan memaafkan jika cara kita berkomunikasi itu dah melukakan orang lain.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

(Ayat 200 Surah Al Imran)

Kepada sesiapa yang hatinya keras sukar memaafkan silalah cuba ayat pelembut hati ini. Renung-renungkan dan selamat beramal..

2 comments: